3 cahaya di hari kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

‘Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.’

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama ‘Huraisy’ berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : ‘Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?’

Huraisy pun menjawab, ‘Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak.’

Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itumenjadi ahli syurga.Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

How To Increase One's Memory

Forgetfulness is something that varies from person to person according to each individual’s nature; some may be more forgetful than others. Some of the things that may help to combat forgetfulness are the following:

1. Keeping away from sin, because the bad effects of sin result in a bad memory and the inability to retain knowledge. The darkness of sin cannot co-exist with the light of knowledge. The following words were attributed to al-Shaafi‘ee, may Allah have mercy on him:

“I complained to [my shaykh] Wakee’ about my bad memory, and he taught me that I should keep away from sin. He said that knowledge of Allah is light, and the light of Allah is not given to the sinner.”

Al-Khateeb reported in al-Jaami‘ (2/387) that Yahya ibn Yahya said: “A man asked Maalik ibn Anas, ‘O Abu ‘Abd-Allah! Is there anything that will improve my memory?’ He said, ‘If anything will improve it, it is giving up sin.’

When a person commits a sin, it overwhelms him and this leads to anxiety and sorrow which keeps him busy thinking about what he has done. This dulls his senses and distracts him from many beneficial things, including seeking knowledge.


2. Frequently remembering Allah, may He be glorified, by reciting dhikr, tasbeeh (saying ‘Subhan Allah’), tahmeed (‘Al-hamdu Lillaah’), tahleel (‘Laa ilaaha ill-Allah’) and takbeer (‘Allahu akbar’), etc. Allah says (interpretation of the meaning): “…And remember your Lord when you forget…” [Qur’an al-Kahf 18:24]


3. Not eating too much, because eating too much makes one sleep too much and become lazy, and it dulls the senses, besides exposing one to the risk of physical diseases. Most of the diseases which we see result from food and drink.

4.Some of the scholars have mentioned certain foods which increase the memory, such as drinking honey and eating raisins and chewing certain kinds of gum resin.

Imaam al-Zuhree said: “You should eat honey because it is good for the memory.”

He also said: “Whoever wants to memorize hadeeth should eat raisins.” (From al-Jaami‘ by al-Khateeb, 2/394)

Ibraaheem ibn [sth. omitted] said, You should chew resin gum, because it gives energy to the heart and gets rid of forgetfulness.” (From al-Jaami‘ by al-Khateeb, 2/397)

As they mentioned, too much acidic food is one of the causes of laziness and weak memory.

5. Another thing that can help the memory and reduce forgetfulness is cupping (hijaamah) of the head, as is well known from experience.

(For more information see Al-Tibb al-Nabawi by Ibn al-Qayyim). And Allah knows best.

~ Quoted from www.idealmuslimah.com~

Surah An-Nur - Ayat 35

Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya, seperti sebuah lubang yang tidak tembus* yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca, (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, ** yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangu, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada chaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

* "Lubang yang tidak tembus" ( Misykat ) , iaitu suatu lubang di dinding rumah yang tidak tembus sampai ke sebelahnya, biasanya digunakan untuk tempat lampu, atau barang-barang lain.

** Pohon zaitun itu tumbuh di puncak bukit, ia mendapat sinar matahati baik pada waktu matahari terbit maupun ketika akan terbenam, sehingga pohonnya subur dan buahnya menghasilkan minyak yang baik.